Monday, August 9, 2010

Let's Make It Happen 2 @ Youth Park

Let's Make It Happen 2

1hb Ogos 2010, Taman Belia - Program ini di anjurkan bagi meraikan anak-anak yatim dan kanak-kanak bagi merealisasikan impian mereka. Disamping merealisasikan impian mereka, mereka diraikan dengan penuh kegembiraan dengan acara-acara yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Program ini telah dianjurkan oleh Pasukan Bantuan Sukarela 21 dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Turut sama menaja program ini ialah Gleneagles Medical Centre, Mcdonald, Subway, Vico, Sixty9ne Mansion, Khoo Kongsi, UMW, Speedworks, Sunquick, Marigold, Kuntum, Golden Sand Resort, Paradise Sandy Beach, Cititel, Eastin Hotel dan lain-lain lagi.

Penganjuran program ini buat kali kedua, adalah penganjuran program terbaik bagi tahun ini. Pihak PBS20 mengucapkan taniah buat pihak penganjur. Taniah buat Pengerusi program Sdri. Renee Khoo, Penasihat Program Sdri. Pauline Lee dan semua yang terlibat. Taniah.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua anggota PBS20 yang turut terlibat pada program tersebut.














Disediakan oleh : Zainal Hassan



No comments:

Post a Comment