




Bayan Lepas – 16 Disember 2009, Kemalangan kapal terbang telah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), kejadian berlaku kira-kira pada pukul 1.20petang, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Pulau Pinang telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.25petang, BSMM telah bergegas ke lokasi kemalangan dengan kekuatan anggota seramai 50 anggota bersama 5 buah ambulan, 2 pancuan 4X4 dan 1 buah van. Kemalangan membabitkan pesawat Boeing 737-400 milik Raya Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke LTABL dengan membawa 48 penumpang dan 7 anak kapal. Kejadian berlaku diakibatkan dari kerosakan system hidraulik pada system tayar pesawat tersebut dan terhempas ke kanan landasan lalu terbakar. Kerja memadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil tempoh masa 2 minit untuk memadam keseluruhan kebakaran tersebut. Seterusnya operasi menyelamat mangsa-mangsa di teruskan oleh pihak BSMM, St.John, Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan lain-lain agensi. Pegawai penyelamat mengesahkan seramai 10 maut dan 40 cedera.
Pasukan Bantuan Sukarela 20 (PBS20), telah menghantar 2 orang anggota untuk ditugaskan di dalam operasi menyelamat tersebut di anggotai oleh Tn. Zainal Hassan dan Sdra. Chandraseagar. Tahniah dan Syabas buat semua yang terlibat…
Pasukan Bantuan Sukarela 20 (PBS20), telah menghantar 2 orang anggota untuk ditugaskan di dalam operasi menyelamat tersebut di anggotai oleh Tn. Zainal Hassan dan Sdra. Chandraseagar. Tahniah dan Syabas buat semua yang terlibat…
No comments:
Post a Comment