Friday, November 6, 2009

Sesi Dialog & Bengkel VAD Peringkat Cawangan Pulau Pinang 2009

Tarikh: 1hb Nov 2009 (Ahad)
Masa: 9am - 2.30pm
Lokasi: Lecture Room, MRC HQ Penang.

Sesi Dialog & Bengkel VAD ini diadakan diperingkat Cawangan Pulau Pinang. Kesemua pemimpin setiap VAD dari 4 Cabang telah turut bersama dalam sesi ini. Mereka adalah dari VAD Cabang Seberang Perai Utara (SPU), VAD Cabang Seberang Perai Tengah (SPT), VAD Cabang Seberang Perai Selatan (SPS) dan VAD Cabang Pulau.

Tujuan Sesi ini diadakan adalah untuk membincangkan masalah-masalah yang dialami oleh setiap VAD dan mengemukakan cadangan-cadangan baru dan berkesan untuk masa depan. Banyak persoalan dan permasalahan yang telah ditujukan kepada O/C VAD Cawangan dan juga Pengarah Cawangan.

Hin Fook, Zainal dan Musli telah mewakili VAD20 ke sesi tersebut dan banyak persoalan dan cadangan telah mereka kemukakan dalam sesi tersebut. Diharap setelah sesi ini diadakan O/C VAD dapat membawa persoalan tersebut di dalam mesyuarat Cawangan dan perubahan dapat dilaksanakan.


Pemimpin-pemimpin yang mewakili setiap VAD dari 4 cabang

O/C VAD dari Cabang dan Cawangan

Hin Fook sedang mengemukakan cadangan dan budget bagi tahun 2010

Zainal mewakili Cabang Pulau dalam membentangkan cadangan dan budget 2010