Sunday, October 4, 2009

Awards

1) AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP(Honorary Life Membership)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada orang-orang yang terhormat yang telah mencurahkan khidmat-khidmat yang bernilai sejajar dengan Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah. Tidak lebih daripada empat (4) anugerah dalam setiap tahun.

2) PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (Distinguished Service Medal)
Dianugerah oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah memberikan perkhidmatan yang bernilai kepada Persatuan dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh (10) tahun.

3) PINGAT KEBAKTIAN TERPILIH (Excellent Service Medal)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan terpilih sekurangkurangnya selama sepuluh (10) tahun perkhidmatan selepas melepasihad umur 18 tahun.

4) PINGAT JASA TERPUJI (Meritorious Service Medal)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun selepas melepasihad umur 18 tahun.

5) SIJIL KEPUJIAN (Certificate of Merit)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan khusus kepada Persatuan sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun selepas melepasihad umur 18 tahun.

6) PINGAT KEBERANIAN (Gallantry Award)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada mana-mana ahli diatas keberaniannya.

7) PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (Long Service Medal)
Melengkapi perkhidmatan yang berterusan selama sepuluh (10) tahun – setelah melepasi had umur LAPAN BELAS (18) tahun dan satu ‘BAR’ dianugerah bagi setiap lima (5) tahun selepasnya. (diluluskan pada 4.4.71).

8) ANUGERAH KHAS DERMAWAN (Special Award for Benefactors)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada Syarikat Perdagangan, Industri, Firma persendirian atau orang perseorangan yang bermurah hati memberikan sokongan mereka kepada Persatuan yang mana Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan berpendapat bahawa mereka berhak menerima anugerah.

9) ANUGERAH KHAS KHIDMAT ISTIMEWA
Ianya dianugerahkan kepada ahli-ahli yang telah memberi khidmat istimewa khusus untuk sesuatu tugas yang menaikkan imej Persatuan dan juga menepati sepenuhnya keperluan tujuh prinsip-prinsip PBSMM.


Resourse from: http://redcrescentpenang.org.my