Wednesday, January 6, 2010

Program Pendakian Remaja Ke Puncak Bukit Bendera

Salam Sejahtera,

Program Pendakian Remaja Ke Puncak Bukit Bendera

Ketika tiba di Botanical Garden jam 0700 pagi

Sdri. Nor Rozaida mengambil kehadiran para peserta

Gigih Sdra. Nor Hadi dan Sdra. Muthu melaksanakan tugas F&B


Peserta melakukan senaman ringan sebelum memulakan pendakian


Ucapan Perasmian oleh Tuan Wan Mohamad Khairul Nazri Bin Abd Rahman, Penolong Pengarah yang mewakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Sibuknya Tn. Ooi Eng Seng dan Tn. Wong Hin Fook menjalankan tugas sebagai Jurugambar

Kenangan bersama Tetamu Kehormat dan peserta

Peserta memulakan pendakian

Selamat Datang ke Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Anggota PBS20 berjaya menumpaskan seekor ular sawa... Leh jadi penyelamat le plak lepas nie.

Kenangan ahli-ahli PBS20 di puncak Bukit Bendera


Peserta selamat tiba di Puncak Bukit Bendera, Salah seorang peserta yang mengalami kecederaan ringan


Menjalankan aktiviti telematch di Puncak Bukit Bendera


27 Disember 2009 – Bukit Bendera, Pasukan Bantuan Sukarela 20 (PBS20) dengan kerjasama dari GPMS, Jabatan Belia Dan Sukan dan Majlis Belia Negeri (MBN) Pulau Pinang , telah berjaya menganjurkan “Program Pendakian Remaja Ke Puncak Bukit Bendera”. Penyertaan seramai 200 orang peserta ini telah menjadikan program ini lebih meriah. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Wan Mohamad Khairul Nazri Bin Abd Rahman, Penolong Pengarah yang mewakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kesempatan penganjuran program ini, PBS20 telah memainkan peranan penting bagi perlaksanaan program mega yang pertama kali nya di anjurkan oleh PBS20. Dimana PBS20 membawa pendekatan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) untuk mendekati golongan remaja yang mana berpontensi untuk diserapkan menjadi ahli BSMM dan bergiat aktif dalam bidang kesukarelawan. Dimana pada saat ini di BSMM sendiri mengalami ketandusan golongan belia untuk bergiat dalam bidang kesukarelawan dan kemanusiaan. Program ini juga bertujuan menggalakkan remaja sekarang untuk menjana kesihatan yang sihat melalui bidang kesukanan. Ini kerana kesibukan yang berlaku pada zaman ini yang menyebabkan manusia menjadi lupa akan kepentingan menjaga kesihatan melalui kesukanan.

Ahli-ahli dari PBS20 dan BSMM yang hadir pada hari tersebut ialah :
i. Tn. Muhd Muzaidee Muhd Ali
ii. Tn. Zainal Hassan
iii. Tn. Nur Musli Mahmud
iv. Tn. Wong Hin Fook
v. Tn. Ooi Eng Seng
vi. Sdra. Muthukumaran
vii. Sdra. Ahmad Mustakim Abd Rahman
viii. Sdra. Noor Hadi Abd Halim
ix. Sdra. Fazli
x. Sdri. Nor Rozaida Romli

Sehubungan dengan penglibatan semua pihak dalam menjayakan program tersebut, Pihak PBS20 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program tersebut. Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada Pn. Nancy Cheah, Pengerusi BSMM Cabang Pulau dan Tn. Ng Yew Hung, Penolong Pengarah PBS, BSMM Cawangan Pulau Pinang yang memberi sokongan kepada PBS20 bagi menjayakan program tersebut.

No comments:

Post a Comment