Sunday, January 31, 2010

Program Persediaan Bencana: Teknik Mendirikan Khemah 8 Orang

9-10 Januari 2010 - Batu Feringghi, Pulau Pinang - Program Persediaan Bencana : Teknik Mendirikan Khemah Untuk 8 Orang merupakan program pertama bagi tahun 2010 BSMM Cabang Pulau yang di anjurkan oleh Pasukan Bantuan Sukarela 20 (PBS20) bersama Jawatankuasa Kecil Reaksi Bencana, BSMM Cabang Pulau. Perlaksanaan program ini bertujuan melatih anggota BSMM agar sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi bencana sebenar. Pada program kali ini, menitik berat kepada teknik mendirikan khemah bencana untuk 8 orang. Khemah ini adalah sumbangan dari Bulan Sabit Merah Iran kepada BSMM.

Aktiviti riadah juga diadakan dalam aturcara program ini bagi mengeratkan lagi hubungan sesama peserta program. Antara program yang diadakan ialah BBQ Nite, Campfire, Aktiviti Pantai dan lain-lain lagi.

Program ini melibatkan semua PBS di Cabang Pulau, tetapi penyertaan di terima dari PBS20, PBS21 dan PBS 22 sahaja. Tetamu kehormat yang turut hadir ialah Kolonel (BSM) Nancy Cheah, Pengerusi BSMM Cabang Pulau. Jumlah penyertaan melibatkan 19 peserta dan 9 tetamu yang turut memeriahkan majlis. Berikut senarai nama peserta program dan jumlah tetamu :

Cabang Pulau
1)Kapten (BSM) Muhamad Fariz Daud
(Pengerusi Jawatankuasa Kecil Reaksi Bencana, BSMM Cabang Pulau)

PBS20 ( 15 anggota)
1) Leftanan (BSM) Zainal Hassan
2) Leftanan (BSM) Nur Musli Mahmud
3) Leftanan Muda (BSM) Wong Hin Fook
4) Sarjan Mejar (BSM) Muthukumaran
5) Sarjan (BSM) Ahmad Mustakim Abdul Rahman
6) Sarjan (BSM) Mohd Ashraff Ahmad
7) Koperal (BSM) Noor Hadi Abdul Halim
8) Saudari Nor Rozaida Romli
9) Saudari Hafizah Ibrahim
10) Saudara Zamrie Hassan (Ahli Baru)
11) Saudari Zurina Abdul Wahab (Ahli Baru)
12) Saudara Noor Hafizuddin Abdullah (Ahli Baru)
13) Saudara Syedi Nurwali Sukur (Ahli Baru)
14) Saudari Dalhanum Razali (Ahli Baru)
15) Saudari Aminah Sahul Hamid (Ahli Baru)

PBS 21 (1 anggota)
1) Leftanan (BSM) Siti Suriyati Salleh

PBS 22 (3 anggota)
1) Kapten (BSM) Leonard Khor
2) Leftanan (BSMM) Cindy Tan Sin Yee
3) Saudara. Shaun Lim Tat Yang

Tetamu (9 anggota)
AJK Cabang Pulau - 4 anggota
PBS20 - 2 anggota
PBS23 - 3 anggota

Ucapan taniah serta penghargaan di ucapkan kepada semua AJK yang telah berjaya menjayakan program kali ini. Pihak penganjur mengucapkan terima kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung menjayakan program tersebut. Terima kasih juga kepada PBS yang memberi sokongan dan juga PBS yang tidak memberi sokongan.

Disediakan Oleh : Leftanan (BSM) Zainal Hassan

Keindahan pantai di pesisiran pantai Batu Feringghi

Sumbangan Red Crescent Society of I.R. Iran

Mendengar penerangan teknik menaikkan khemah.

Semangatnya semua peserta, panas terik pun tak dihiraukan... syabas...

Mendirikan khemah no. 2

Kapten (BSM) Muhamad Fariz Daud, mengetuai pasukan mendirikan khemah.. huh... hebat nie.


Berdiri megahnya kem-kem yang di naikkan oleh para peserta....

Tetamu Kehormat, Kolonel (BSM) Nancy Cheah, turut hadir memeriahkan majlis..


Semangat sepasukan... sempat lagi bergambar dalam kesibukan menyediakan persiapan BBQ.

Kreativiti anggota BSMM membina dapur BBQ...


Semangat sepasukan nie... menyediakan tempat beristirehat..

Semangatnya mendengar taklimat program nie... Happy-happy je....

Menunggu malam sudah tiba untuk aktiviti BBQ dan Campfire...

Sungguh menyelerakan pada Majlis BBQ... Yummy, yummy...

Aktiviti Riadah di pesisiran pantai, Bergaya nya dengan Life Jacket BSMM... (",)

Kedua-dua Sarjan nie tak sabar nak pulang ke rumah nie... aik2 chip...

Peserta-peserta Program Persediaan Bencana 2010

Kenangan bersama peserta program

2 comments:

  1. Tahniah kepada PBS 20 dan J/k kecil Reaksi Kecemasan cabang Pulau kerana berjaya menganjurkan Program ini.

    Desiran sakal samudera biru,
    Ombak gelora tinggi menjulang;
    Pemikiran latural era baru,
    Bertindak mara bagi cemerlang.

    ReplyDelete
  2. tahniah n syabas 2 penggelola proram....tahniah n syabas 2 team VAD2O....caye laa

    ReplyDelete