Thursday, December 31, 2009

Program Persediaan Bencana: Teknik Mendirikan Khemah 8 Orang

Salam Sejahtera,



Program pertama Pasukan Bantuan Sukarela 20 (PBS20) bagi tahun 2010, ialah penganjuran Program Persediaan Bencana : Mendirikan Khemah Untuk 8 Orang. Berikut adalah maklumat program :

Perkara : Program Persediaan Bencana : Mendirikan Khemah Untuk 8 Orang
Tarikh : 9-10 Januari 2010
Tempat : Pesisiran Pantai Batu Feringgi, Teluk Bahang
Penyertaan : Ahli PBS di BSMM Daerah Cabang Pulau Sahaja.
Yuran Penyertaan : RM10.00/Seorang
Tarikh Tutup Penyertaan : 6 Januari 2010 (Rabu) 5.00 petang

Berminat ??? sila hubungi Pegawai-pegawai berikut :-
1. Tn. Muhamad Fariz Daud (Penasihat) - 016-4023119
2. Tn. Zainal Hassan (Kem Komandan) - 017-4800913
3. Tn. Nur Musli Mahmud (Bendahari) - 012-4206501
4. Pn. Lim Guan Hong (Kerani, Cabang Pulau) - 04-8351631


P/S : Penyertaan terhad kepada 5 anggota dari setiap PBS SAHAJA. Dapatkan kelulusan dari Pegawai Komandan PBS masing-masing.

Antara yang menarik : BBQ Nite, Aktiviti pantai, Telematch, Campfire dan lain-lain lagi

Dapatkan Borang Penyertaan ----> http://www.scribd.com/doc/24693392?secret_password=1lbkledxu22aubza1mbz

Aturcara Program -----> http://www.scribd.com/doc/24693521?secret_password=m5sc4zmgwcs04n4cjuz

Map tapak perkhemahan

Map tapak perkhemahan

Monday, December 21, 2009

Latihan Kecemasan Pesawat - LTABL 2009

Kemalangan pesawat Boeing 737-400 Raya Airlines membabitkan 10 maut, 40 cedera

Ketibaan Ambulan RC2 yang dianggoti oleh Tn.Leonard(pemandu), Tn. Zainal (Co-Pilot), Sdri. Cindy & Sdra. Kenneth (Medic)

Anggota BSMM menerima taklimat operasi dari Pegawai Bertugas Tn. Peh Cheah Lun

Helikopter Nuri dari TUDM juga turut memberi bantuan kecemasan

Sdra. Chandra dari PBS20 memberi bantuan kepada mangsa kemalangan

Gambar BSMM Caw. P.Pinang kenangan Latihan Kecemasan Pesawat LTABL 2009

Bayan Lepas – 16 Disember 2009, Kemalangan kapal terbang telah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), kejadian berlaku kira-kira pada pukul 1.20petang, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Pulau Pinang telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.25petang, BSMM telah bergegas ke lokasi kemalangan dengan kekuatan anggota seramai 50 anggota bersama 5 buah ambulan, 2 pancuan 4X4 dan 1 buah van. Kemalangan membabitkan pesawat Boeing 737-400 milik Raya Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke LTABL dengan membawa 48 penumpang dan 7 anak kapal. Kejadian berlaku diakibatkan dari kerosakan system hidraulik pada system tayar pesawat tersebut dan terhempas ke kanan landasan lalu terbakar. Kerja memadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil tempoh masa 2 minit untuk memadam keseluruhan kebakaran tersebut. Seterusnya operasi menyelamat mangsa-mangsa di teruskan oleh pihak BSMM, St.John, Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan lain-lain agensi. Pegawai penyelamat mengesahkan seramai 10 maut dan 40 cedera.

Pasukan Bantuan Sukarela 20 (PBS20), telah menghantar 2 orang anggota untuk ditugaskan di dalam operasi menyelamat tersebut di anggotai oleh Tn. Zainal Hassan dan Sdra. Chandraseagar. Tahniah dan Syabas buat semua yang terlibat…