Sunday, May 16, 2010

NOTICE : VAD20 EGM 2010 (IMPORTANT)

Pengumuman Penting... PERHATIAN kepada semua Ahli-ahli PBS20

PER : EGM Meeting
TARIKH :19 Mei 2010 (Rabu)
MASA : 8.30 malam
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat BSMM Caw. P.Pinang.
PAKAIAN : RC T-Shirt, RC Vest & Dark Navy Blue Pants.
KEHADIRAN : Diwajibkan semua Ahli-ahli PBS20 Hadir!!!
JEMPUTAN KHAS : Kolonel (BSMM) Nancy Cheah & Mejar (BSMM) Muhd Muzaidee

p/s : Mesyuarat ini diadakan diatas arahan Pegawai Penjaga PBS, Cabang Pulau.


Biro IT & Publisiti PBS20

Monday, May 10, 2010

Program Sehari Bersama BSMM

Program Sehari Bersama BSMM @ Ekspo Usahawan & Pemuda 2010

Kunjungan Datuk Mukhriz Tun Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri) ke Pameran Program Sehari Bersama BSMM


2 Mei 2010 – Pasukan Bantuan Sukarela 20 (PBS20) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Cawangan Pulau Pinang bersama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Pulau telah menganjurkan “Program Sehari Bersama BSMM” di Ekspo Pemuda dan Usahawan, Padang Awam Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penganjuran Program ini bertujuan memperkenal dan mempromosikan peranan BSMM kepaa dunia dan masyarakat melalui program pendekatan BSMM bersama masyarakat. Program ini juga telah menekankan aspek-aspek penjagaan kesihatan dan pencegahan wabak H1N1 yang kini telah didapati menular ke negara Malaysia ini. Disamping perlaksanaan program ini juga, Pihak BSMM telah memperkenalkan dan mempertontonkan demonstrasi Pekhidmatan Ambulan kepada tetamu kehormat YBhg. Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan masyarakat yang hadir pada program tersebut serta mendapat pujian. Taniah.

Datuk Mukhriz Tun Mahathir juga tidak melepaskan peluang bagi melakukan kunjungan hormat ke tapak pameran BSMM dan telah diberikan taklimat mengenai BSMM dan peranan serta tanggungjawab BSMM pada dunia dan masyarakat.

Pihak BSMM juga telah mengambil kesempatan ini dengan menyampaikan cenderamata dan sepucuk surat memohon bantuan kepada Datuk Mukhriz. Semoga permohonan ini dapat dipertimbangkan nanti. Amin.

Akhir kata dari penulis, Ucapan terima kasih kepada anggota-anggota yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung bagi menjayakan program ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Unit Pengendalian Bot dari BSMM Cabang Seberang Perai Utara dan Unit Motosikal Kecemasan dari BSMM Cabang Seberang Perai Tengah yang turut hadir membantu dan memeriahkan majlis.

Mejar (BSMM) Mohd Muzaidee Muhd Ali, Pegawai Penjaga PBS, Cabang Pulau bersama Datuk Mukhriz Tun Mahathir

Tuan Muzaidee menyampaikan surat pemohonan sumbangan kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir ketika Datuk melawat khemah pameran BSMM

Artis Ahdan Salleh Turut memeriahkan khemah pameran BSMM, Terima Kasih Saudara Ahdan Salleh dari kepimpinan BSMM

Pameran kelengkapan pakaian seragam dan pangkat BSMM

Pamplet Program Pengambilan Ahli PBS20

Leftanan (BSMM) Zainal Hassan bersama Leftanan (BSMM) Wong Hin Fook meraikan kehadiran kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pameran kenderaan-kenderaan operasi BSMM Cawangan Pulau Pinang

Datuk Mukhriz menyaksikan demonstrasi bantuan Perkhidmatan Ambulan Kecemasan

Anggota-anggota BSMM bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa kemalangan

Bantuan dari Unit Motorsikal Kecemasan BSMM

Anggota-anggota PBS20 yang hadir menjayakan Program Sehari Bersama BSMM, Terima Kasih

Taniah semua......


Penulis : Leftanan (BSMM) Zainal Bin Hassan – Pengerusi Biro IT & Publisiti PBS20

Jurugambar : Leftanan (BSMM) Nur Musli Bin Mahmud – Jurugambar Biro IT & Publisiti PBS20